“Let there be light” -
Posted by tunabdulrazak on 10/01/2009
- and the light appeared (Genesis 1.3).
Sekitar 500 warga Dayak Bidayuh Ahe di Dusun Bagan, hanya lapan kilometer dari jalanraya negara Pontianak-Entikong, sehingga sekarang belum lagi menikmati keperluan asas manusia, iaitu letrik.
Hanya ada 4 kk daripada 87 kk (households) yang mempunyai electric generator sets untuk menyala rumah masing masing pada waktu malam. Oleh kerana harga petrol sudah naik, kadang-kadang generator sets ini hanya dihidupkan untuk menyediakan dan semasa makan malam.
Daripada pengalaman sukses implementasi micro hydro di rumah panjang Dayak Iban di Sarawak, didapati bahawa culture lepak dan minum pada waktu malam sudah berubah. Anak sekolah sudah minat membuat homework dan mutu persekolahan meningkat. Taraf mutu hidup harian sudah meningkat dengan pengunaan peti ais, seterika, electric cookers dan alat letrik yang lain. Pandangan dan wawasan penduduk pun berkembang menerusi menonton television dan mendengar radio.
Kami pun bermisi untuk mengembangkan perubahan positif ini ke perkampungan ulu.
Binamasdesa Services sedang bekerjasama dengan LSM Bina Masyarakat Desa dari Pal 20, Ngabang, Kalimantan Barat, untuk memperkenalkan micro-hydro concept, kepada penduduk Dusun Bagan.
Maka pada 8 Jan 2009, kami pandu dari Kuching pada jam 10.30 pagi dan sampai di Pal 20 pada 2.30 petang. Kami naiki ojek (motorbike taxi) sejauh lapan km dari Simpang Pal 20 ke Dusun Bagan. Setelah berdialog selama satu jam dengan penduduk di rumah Sukandi, SP, kami pun pergi ke sungai di gunung dan buat penyelidikan asas dan mendapati bahawa sungai di Dusun Bagan mampu memberi letrik melalui konsep micro hydro.
Dengan senang hati kami pun lapor kepada patent owner micro hydro concept ini, yang berbangsa Dayak Bidayuh dari Sarawak. Beliau memutuskan akan pergi ke Dusun Bagan, untuk membuat detailed feasibility study, selepas Chinese New Year 2009.
“Kalian bagaikan Tuhan kerana sudi datang beri kesian,” bilang salah satu daripada penduduk. Beliau rela angkat bag laptop saya dari dusun sampai ke gunung dan balik, “takut nanti tas komputer boss hilang,” tambahnya bila saya nak pegang sendiri.
I am looking forwards to the result of the feasibility study after Chinese New Year. The next hurdle will be to look for finances for the project.
Any donors please?