Saga Peras Ugut 1
Posted by tunabdulrazak on 24/08/2009
Awal pagi tadi, teman saya Salam, dengan suara yang kuat, tanya mengapa harus Roni call beliau dan Antnony Banyan. “Sedangkan kami tidak kena-mengena dengan urusan itu?”, tambah beliau.
Sekarang saya tidak ada pilihan lagi, tetapi untuk menerangkan apa sebenarnya telah terjadi. Kemungkinan besar ramai lagi teman saya yang akan menerima panggilan dari Roni, memfitnah dan menjelekkan saya.
Maka adalah wajar saya beri keterangan disini. Sesiapa yang akan terima panggilan dari Roni, bisa mendapat penjelasan yang benar dan tepat.
Saya kenal Roni (bukan nama sebenar, untuk menjaga kepentingan beliau) pada pilihanraya kecil Batang Ai, di markas PKR, dipekan Lubok Antu.
Selepas pilihanraya, kami sering berjumpa minum kopi. Dia pernah tanya kalau saya bisa cari pembantu rumah tangga (prt) untuk teman wanitanya. Dia terangkan bahawa prt teman wanita, seorang Councillor di MPP, akan pulang ke Jawa setelah kontreknya tamat.
Saya jawab bahawa kadang-kadang saya ada kawan yang ada prt untuk digajikan. Tetapi perlu tunggu lama, sebab susah na cari prt, saya tambah.
Kurang lebih dua bulan kemudian, teman saya yang bernama Kimoi call memberitahu bahawa dia ada prt. Saya dan Kimoi pun bawa prt berjumpa dengan Roni di Hui Sing Garden. Setelah interview* yang ringkas, Roni pun ambil prt itu atas syarat: Gaji minimal RM350 per bulan, dan gaji dibayar setiap bulan.
Seminggu kemudian Roni bayar Kimoi RM1800 sebagai fee yang dipersetujui dalam interview*. Saya minta RM200 sebagai introductory fee dari Roni. Oleh kerana (seperti yang Roni katakan) teman wanitanya (mulai dari sini kita panggil ‘majikan’) hanya beri Roni RM1800, maka Roni tidak beri saya fee. Kimoi pun beri saya RM200 sebagai introductory fee.
Sebulan kemudian, Roni call saya bilang ada masalah dengan prt. Kami pun berjumpa di Hui Sing Garden untuk menyelesaikan masalah itu.
Setelah diterangkan oleh Roni, masalahnya ialah prt sering cakap dengan prt jiran. Dilihat bahawa prt mengumpul banyak pakaian dan sandal baru, yang prt bilang ‘diberi oleh prt jilan’.
Seperti dalam interview*, prt tidak boleh cakap dengan prt jiran. Majikan juga risau sebab mungkin barang yang diberi kepada prt adalah barang kecurian oleh prt jiran.
Kami bersama-sama nasihat bahawa memang tidak boleh bercakap dengan prt jiran takut menimbulkan banyak implikasi negatif nanti.
Oleh kerana prt tidak lagi mahu kerja dengan majikan itu, Roni dan saya bersetuju pulangkan prt kepada Kimoi. Kimoi setuju cari gantian atau pulangkan RM1800 yang beliau telah ambil.
…. bersambung….