United States Of All Borneo

Adil Ka Talino. Bacarumin Ka Saruga. Basengat Ka Jubata.

Saga Peras Ugut 2

Posted by tunabdulrazak on 27/08/2009

Saya sering ditagih oleh Roni tentang gantian PRT atau refund duit RM1800. Dan saya akan terus juga tagih Kimoi.

Setiap kali ditagih, Kimoi bilang dia tidak ada perempuan untuk ganti. Bila ditanya tentang refund, dia bilang belum ada duit.

Kurang lebih dua bulan kemudian Kimoi call saya. Saya pun bawa Roni pergi ke rumah Kimoi. Malangnya Kimoi tidak ada perempuan. Dia beri saya RM800 sebagai part payment refund. Saya terus beri RM800 itu kepada Roni.

Kurang lebih dua minggu kemudian, Kimoi call lagi. Saya pergi ke rumah Kimoi dan bersama-sama kami bawa prt dan berjumpa dengan Roni di Hui Sing Garden.

Saya interview prt itu dan beri nasihat dan the ‘dos and the dont’s’. Roni juga ada cakap. Selepas itu Roni pulang ke rumahnya bawa PRT itu manakala saya hantar Kimoi pulang ke rumahnya.

Roni bilang malam itu prt itu akan tidur di rumahnya kerana majikan masih di Kuala Lumpur. Anak perempuan majikan itu pun tinggal di rumah Roni untuk sementara waktu, sehingga majikan pulang dari Kuala Lumpur.

Kurang lebih tiga hari kemudian Roni call saya dan bilang bahawa prt itu lari.

Saya pun terus call Kimoi bilang prt itu lari.

Satu hari kemudian, barulah saya faham bahawa prt itu tidak lari, tetapi prt itu seperti dalam percakapan Roni, adalah prt yang telah lari dari majikan lama.

Saya jawab kalau begitu bagus pulang sahaja kepada Kimoi dan minta baki RM1000. Roni jawab bahawa dia mahu tunggu apa majikan akan cakap nanti, bila pulang dari Kuala Lumpur.

Bagi saya, saya tak pasti kalau betul prt itu lari dari majikan lama atau tidak. Yang tahu kebenaran hanyalah Kimoi dan prt itu sendiri.

bersambung….

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>