Saga Peras Ugut 3
Posted by tunabdulrazak on 27/08/2009
Saya dimarah lagi, sebab belum lagi buat laporan polis terhadap pemeras ugut.
Saya beri keterangan bahawa saya tidak dapat beritahu Roni bahawa apa yang dia minta adalah satu aktiviti peras ugut. Saya tidak ada niat untuk menghancurkan orang. Itu bukan sifat saya.
Elok saya habiskan cerita benar ini.
Lalu Roni call saya bilang bahawa majikan boleh cakap dengan majikan prt lama, asalkan prt itu mahu bekerja dengan beliau.
Sehari kemudian Roni call lagi bahawa prt itu tidak mahu bekerja. Roni juga bilang bahawa prt ada call Kimoi. Roni bilang Kimoi ada call majikan. Roni bilang Kimoi ada call majikan lama prt itu.
Yang tahu kebenaran hanya Kimoi, prt, majikan dan majikan lama kalau informasi dari Ronald ini betul atau tidak.
Kami berbincang di rumah Roni. Kimoi minta prt itu dipulangkan. Roni bilang boleh tetapi Kimoi harus pulangkan RM1000 dan bayar ganti rugi kepada majikan lama RM2000. Kimoi tidak mahu.
Roni bilang, kalau Kimoi tidak mahu, prt itu akan dipulangkan kepada majikan lama. Tetapi Roni masih mahu Kimoi bayar RM1000.
Bagi saya, yang benar ialah prt itu dipulangkan kepada Kimoi dan Kimoi bayar balik RM1000 kepada Roni. Apa-apa urusan atau masalah diantara Kmoi dan majikan lama adalah masalah mereka berdua. Saya dan Roni tidak harus masuk campor.
Saya pergi berjumpa dengan Kimoi dan beritahu dia. Kimoi tidak ada duit. Kimoi juga tidak mahu bayar RM3000. Kimoi juga tidak mahu bayar RM1000, kalau prt diserah kepada majikan lama.
Hujung-hujung saya bilang kalau tidak mahu, saya tidak dapat bantu lagi dan saya tidak mahu masuk campur. Kalau mahu selamat tutup hp dan lari. Dia pun lari lah.
Sebelum pergi ke Pontianak, I jumpa Roni. Dia nampaknya masih nak kasih peluang kepada Kimoi. Dia bilang ramai temannya sedang cari Kimoi. Saya rasa Kimoi sudah dalam bahaya. Saya pun terus call teman yang mungkin tahu dimana Kimoi berada, untuk memberitahu Kimoi supaya fikir kalau nak bayar RM1000 atau tidak.
Walaupun saya rasa tidak adil bagi Kimoi, tetapi pembayaran ini boleh memberi kebebasan kepada dia untuk bergerak.
Saya dapat jawapan bahawa Kimoi akan bayar RM1000 pada 20Sept. Saya bilang masa itu saya di Pontianak dan pulang pada 22 Sept.
Pada 22 Sept Sabtu, saya pulang dari Pontianak. Saya terus pergi ke rumah teman Kimoi, dan diberitahu bahawa suaminya tidak mahu kasih duit. Suaminya suruh dia jual diri untuk cari duit itu. Sedangkan sekarang sudah bulan Ramadhan.
bersambung……..