United States Of All Borneo

Adil Ka Talino. Bacarumin Ka Saruga. Basengat Ka Jubata.

Saga Peras Ugut 4

Posted by tunabdulrazak on 27/08/2009

Selepas lama bercakap dengan Kimoi menerusi hp temannya, Kimoi tanya kalau boleh bayar beransuran. Dia bilang nak gadaikan gelang emasnya yang mungkin dapat harga RM640. Saya jawab saya akan tanya Roni.

Menerusi call hp, Roni pun setuju, asalkan Kimoi ada ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Hari esoknya, bila saya sudah senang, saya pun pergi ke rumah Roni dan jemput beliau untuk ikut saya pergi ke rumah teman Kimoi nak ambil gelang emas itu.

Bila sampai di rumah Roni, Roni bilang tak dapat ikut saya kerana pada masa itu dia baby sit anak majikan. Roni sangat marah. Dia bilang tak percaya saya lagi. Dia bilang saya scam. Pernah beberapa hari sebelum itu dia sudah bilang saya cheating.

Saya pun undur dari rumah dia. Saya pun tidak mahu lagi jawap calls dan sms dia.

Walaubagaimanapun, saya akan tetap cuba menyelesaikan masalah ini dengan aman. Saya tahu Kimoi tetap akan bayar, cuma lambat. Suaminya hanya pemandu lori sampah.

Keterangan ini ditulis seperti diarah oleh committee The Safari, oleh sebab ada diantara mereka telah menerima panggilan dari pihak yang menjatuhkan martabat saya.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>